Saturday, December 3, 2011

Konsep Diskusi Dari Akalku

Dalam berdiskusi mmg ada anutan pemikiran @ sudut pndang. Bgmana kt menilai sudut pndang ssorg adlh mnjukkan bgmna pla aliran pmikiran kt sndiri. Sy tertarik utk myatakan bhwa prbezaan pndgn mmg sllu wjd dlm diskusi. Justeru itu, kt xbleh mgelakkan prbezaan ini yg akhirnya mbntuk 1 cabang pmikiran sama ada mgikut aliran lama, smsa @ baru. Kesmua itu bgntung bgmana kt menilai & menerima pndgn trsebut.

Hakikatnya, dlm diskusi sifat2 manusiawi xdpt dielakkan. Emosi, egois, prasangka dll. Inilah yg mbawa kpd wajah pemikiran & sejauh mana ilmu ssorg penulis @ pendiskusi. Kemampuan ssorg mgawal sifat manusiawinya, 'maintain' hala tuju bicara & mmhami mksud prkataan org lain dpt mggmbarkan kematangan.

Namun perlu kt sedari menulis dgn brbicara xla sma. ada org yg mahir salah satu, ada pla yg mahir kedua2nya. Ia bleh jd bakat, namun kbyakan mproleh drp latihan. Latihan ini pla bkn stakat latih tubi smsa sekolah bhkan latihan slepas era persekolahan. Bhkan, pgalaman prsekitaran & umur seringkali mampu mmantapkan & mmatangkan pemikiran & cra diskusi ssorg.

Kenapa prlu diskusi? Terlalu byk sbb. Namun, umum brstuju kerna diskusi itu 1 kprluan sosial manusia @ bleh kt sebut 'komunikasi'. Drpdnya kt mprolehi mklumat & daya upaya utk mgerakkan mekanikal organ tubuh & minda. Drpdnya jg kt mprolehi 'solution' & 'option' dlm mmahmi punca2 mslh & cara pnyelesaian mslh.

Jelasnya, diskusi bukanlah penetapan kpd pyelesaian @ punca mslh. Diskusi hnyalah 'solution' & 'option'. Jika diskusi mjd penetapan ssuatu maka ia bukan lg diskusi. Kerna diskusi umpama kantung mklumat xkiralah ia brupa luahan perasaan, cdangan, nasihat, pnmbahbaikan, rayuan, isu perdebatan, mklumat, tips dll. Drpnya kt bebas mbuat pilihan & kecenderungan.

Sahirursah 3/12/2011

Guru dan Panik Kerja 9 Jam

Guru usah panik kerja 9 jam 1 hari, kerna kajian untuk elak guru kerja lebih 18 jam sehari.........

Sy rasa mmglah panik. dasarnya, masa skarg guru tlah kerja lebih 9 jam sehari. Jika terlksana dasar kerja 9 jam shari bermakna guru akan trpksa bkrja 18 jam sehari.. Bg sekolah SKM @ pdalaman, menetapkan guru2 brada di sekolah agar 9 jam di sek adlh xssuai. Balik rmh hari telah malam. Bg sek yg kkurgn alat @ kprluan sudah tntulah masa balik diambil ksmpatan mbli perlatan bbm @ mfotostat dll..Lg pula masa pergi ke sekolah+masa pulg ke skolah adlh sgt x ekonomik. Atas dasar keprluan, bkn smua guru tggal d kwasan sek..

Sy rsa, msa yg ada skrg ckup relevan. Kelonggaran masa yg ada sbnrnya brhkmah utk gru2. Ia akan mjd masa rwtn bg guru2 bg mgurgkan stress. Masa senggang guru brdsarkan jadual waktu xsama dgn masa senggang slpas abis waktu prsekolahan. Kualiti antara keduanya xsama. stress senggang jadual waktu adlh sgt tggi. smntra stress senggang abis wktu prsekolahan pndai brkurangan shgga mncapai tahap nil (0) di mana ssorg guru bleh recover smula fokusnya. Ini lah yg xdifahami oleh kt. Stress mgajar x, sama dgn stress kerja2 pgkeranian.

Bahkan, idea2 brinovatif hadir smasa recovery brlaku.. Peringkat minda seorg guru prlu di jaga. Kerna modal seorg guru ialah mindanya. Jika mindanya pada tahap maksimum, tubuhnya yg penat akan trdorong brgerak ke tahap mksimum. Namun, jika mndanya sudah lelah, tubuh yg sihat & kekar akan mjdi lemah & xbrmaya.. Guru selalu mlatih dirinya mbina kepalsuan yg murni. Yakni jika mreka xdpt myesuaikan diri dgn keadaan cthnya kurg dpt mbri tumpuan mgjar pd hari trsebut, guru akan cuba mbina prwatakan bg mgelakkan mslh tsebut misalnya pura-pura gmbira. Ia disebut kepalsuan murni, kerna kepalsuan/kpura2an itu suatu identiti yg harus dijaga bg mnruskan tugas. Tanpa kepalsuan ini, guru akan cepat melenting akibat trbawa2 mslhnya. Kepalsuan ini murni, kerna kepalsuan yg dicipta itu membangkitkan kseronokan strusnya dpt mmbawa smula fokus seorg guru pd ktika itu.

Namun dmikian, kepalsuan murni xkan dpt brtahan lama. Kerna ia sebuah kepalsuan. Oleh itu, perlu kpd recovery, agar kepalsuan itu termurni dgn sndirinya. Tulg yg patah apabila pulih akan brtambah kuat. Sma sprti stress yg diatasi mllui kepalsuan murni akan mbina suatu nilai baru positif yg bukan lg suatu kepalsuan sblknya nilai murni..

Moga 9 jam xkan jd 18 jam.

Sahirursah 18/11/2011

Sunday, September 4, 2011

Kebolehan Menjangka (Firasat)

Kata pakar, ada beberapa jenis manusia yg diberi Tuhan kebolehan firasat (menjangka) lantaran pguasaan ilmu, fokus & firasatnya. Ia berbeza dengan peramal. Kerana orang jenis ini bukan peramal, sekadar pemerhati & mengharapi sesuatu daripada pemerhatiannya. Antara orang-orang yg paling terkenal dengan kebolehan ini ialah para nabi dan rasul, 4 khulafa rasyidin, Imam 4 mazhab, para wali dan alim ulama (termasuk dalam golongan ini orang-orang yang menguasai ilmunya iaitu para ilmuan).

Dalam zaman kegemilangan Islam begitu ramai golongan ini termasuklah ibnu Taimiyyah, al-Razi, Ibnu Sina, al-Rusyd, Ibn Battutah. Sebelum itu tidak dilupai Socrates, Aristotle, Plato, Pythagoras dll. Pada zaman Reinaissance, Leornardo Da Vinci adalah antara orang yg dianugerahi kbeolehan ini. Tidak termasuk golongan ini ialah Nostradamus, Jucelino Da Luz, Jacabaya, Sollog dll kerana mereka memang peramal.

Kebolehan menjangka bukan ilmu ghaib. Asasnya ialah penguasaan seseorang terhadap ilmunya & lalu mencadangkan beberapa senario masa depan berdasarkan asas bidang ilmunya. Bukan semua ilmuan memilikinya, tapi semua ilmuan mampu memilikinya jika ia benar2 menguasai ilmunya. Hasil pemikiran (jangkaan) ini biasanya mendahului zamannya.

Kata teman, saya ada ciri2 penerima anugerah itu tanpa sedar. Semasa di tingkatan 6 dulu saya selalu memikirkan betapa sistem pengurusan disiplin pelajar tidak sesuai terutamanya hukuman rotan. Saya optimis bahawa kaunseling merupakan cara terbaik membantu pelajar berubah. Namun, apabila guru kaunseling ditempatkan di sekolah secara leluasa & rotan dimansuh seolah2 sebiji batu menghempap kepala. Akhirnya, saya kira & mengharap juga agar hukuman rotan diguna semula. Tapi memang kesannya tidaklah sehebat zaman dulu. Alhamdulillah diadakan balik.

Di IPT dulu, saya selalu menulis mengenai orientasi exam dan gya p&p dalam sistem pendidikan negara tidak sesuai. Saya optimis yang exam bukan segala2nya. Saya kira & mengharap akan tiba tidak lama lagi terutama dengan ledakan ICT sesi p&p akan lebih mgikuti gaya murid, & exam tidak lagi tunggal dalam slip keputusan sebalinya mengambil kira kegiatan kokum & sahsiahnya (dual result). Saya kira tahun 2006 gaya p&p mula disesuaikan dengan murid (ini utama d bandar2) & 2011 dual result diguna pakai untuk murid KSSR.

Pada 2008, saya mengikuti perkembangan pendidikan & mendapati sistem exam PTK mrupakan candu bagi kakitangan awam. Saya dapati ada opsyen sukar tapi mudah untuk naik pangkat, gred dll bagi guru iaitu Guru Cemerlang (GC), Guru Inovatif (GI) dan kajian tindakan. Oleh kerana saya tidak layak GC kerana saya guru sandaran, maka saya mula menghasilkan inovasi & kajian tindakan setiap tahun dengan harapan, kalau2 exam PTK dimansuhkan maka bidang ini boleh digunakan. Pada 2011, PTK dmansuhkan. Pendita Guru, kajian tindakan & KIK diwar-warkan.

Baru2 ini, saya kembali ke kampung & singgah di KK. Saya mendapat perkongsian bahawa sekolah rendah di KK sudah mula mewajibkan pembentangan kajian tindakan @ kaedah pengajaran oleh seorang guru setiap minggu. Maka tidak lama lagi ia akan berkembang ke semua sekolah. Apapun saya sudah bersedia untuk itu.

Saya kira tahun2 mendatang, KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif) akan mula diberi penekanan. Bahkan saya kira, kalau pun tidak, seorang guru mungkin akan digalakkan menghasilkan sekurang2nya sebuah buku @ hasil2 tulisan bagi pertimbangan kenaikan pangkat @ gred gaji (sama seperti pensyarah) kerana wujudnya pendita guru (yang sebenarnya saya kira berpaksi kepada makna professor).

Walau apapun, 1 jangkaan yg betul2 amat optimis bagi saya tetapi sebenarnya kurang sesuai untuk semua ialah pangkalan data online. Memang mudah di bandar tapi sukar di pedalaman. Memang mudah mengumpul data tapi sebenarnya sukar nak key in nya. Hanya saja saya mengharapkan kemungkinan pembahagian keyner mengikut zon bagi mengelakkan kesesakan trafik sebagai alternatif penyelesaian.

Kesimpulannya, saya adalah antara bertuah yang dianugerahi kebolehan menjangka. Namun dalam masa yang sama, ada ramai lagi rakan ilmuan yang dianugerahi kebolehan ini. Apabila semuanya mengharap keputusan yang sama, maka terangkatlah ia menjadi doa yang direalitikan pada masa tertentu dengan inayah & izinNya.Wallahu alam.

Wednesday, May 4, 2011

PERSEPSI YANG MENAKJUBKAN


Isu:
MENJADI orang yang berjaya dalam pelajaran bukanlah suatu yang menyeronokkan. Malah ia adalah suatu beban dalam diri seseorang. Berjaya dalam bidang pendidikan dan keilmuan bererti beban untuk bertanggungjawab terhadap masyarakat semakin bertambah. Adakah benar? Memang benar!

Perhatikan situasi berlawanan ini pula:
Selalu kita dengar “Mana mungkin orang yang tidak bersekolah boleh memajukan masyarakat!” Justifikasi yang hebat dan ada kebenaran. Tetapi adakah ini benar? Insan yang tidak bernasib baik untuk meneruskan persekolahan wajar menafikan. Hakikatnya, semakin kita tidak bersekolah semakin rendah beban membayar yuran dan kurang beban belajar. Tetapi untuk meneruskan kehidupan di dunia ini, beban untuk mengumpul pengalaman pula semakin tinggi! Pengalaman! Benar, pengalaman adalah guru dan ruang pendidikan yang amat bernilai.

Oleh kerana itu, pengalaman itu umpama permata, sijil itu umpama candu. Sijil boleh dibuat-buat, ditiru-tiru. Keputusan peperiksaan dalam sijil boleh ditipu seleweng. Kemudian sijil tersebut boleh dibawa ke mana saja dan dijaja sedangkan belum tentu apa tertera di dalam sijil itu menunjukkan kehebatan pemiliknya. Bahkan, belum tentu ilmu yang pernah dipelajari itu dapat diguna dan diingati seumur hidup kerana tujuan peperiksaan lebih utama berbanding manfaat ilmu dalam kehidupan. Sedangkan pengalaman itu, suatu hakcipta terpelihara. Tidak mudah ditiru, bukan mudah menipu.

Pengalaman adalah apa yang telah dilalui. Baik, buruk, indah, gerhana adalah cabaran tersendiri yang ditempuh, yang telah dikaji dan difikirkan secara mendalam. Segala ranjau dan dugaan hidup digunakan sebaik mungkin, difikirkan kelebihan dan kelemahannya. Kelebihan yang ada dikekalkan dan dipertingkatkan. Sementara kelemahan pula dijadikan tauladan dan ditinggalkan. Pengalaman adalah paksi dan bukti bahawa diri mereka memang benar-benar telah teruji. Sebab itu dikatakan, pengalaman yang disia-siakan umpama membuang harta dan persaudaraan, sedang pengalaman yang dimanfaatkan umpama mengumpul harta dan mengukuh persaudaraan.

Pengalaman bukan apa yang diperkatakan, pengalaman adalah apa yang diamalkan dan dibuktikan. Kata gurindam Raja Ali Haji, banyak bercakap banyak bohongnya. Bercakap tidak membuktikan apa-apa jika tidak diusahakan. Sedangkan, idea yang dicakapkan adalah bukti untuk memulakan usaha. Justeru, mereka yang berpengalaman kurang bercakap, lebih amalnya. Banyak cakapnya, banyak hasilnya. Itulah kehebatan pengalaman yang dimanfaatkan.

Kembali kepada isu:
Keseronokan dalam belajar sebenarnya terletak kepada apa yang diperolehi. Agama, minat, teknik dan usaha adalah gabungan kriteria untuk berjaya dalam pelajaran. Agama mengundang keyakinan bahawa semua ilmu landasannya adalah dari Tuhan. Minat mengundang semangat tidak terbatas terhadap sesuatu ilmu. Teknik mempengaruhi kebolehan menguasai pemahaman dan kecekapan dalam sesuatu ilmu. Usaha pula suatu tabii tidak terkecuali untuk melakukan sesuatu.

Jika kita menghadapi masalah dalam pembelajaran, rujuklah semula keempat-empat kriteria tersebut. Kekurangan salah satu daripada kriteria tersebut ternyata membibit kesukaran dalam proses pembelajaran kita. Untuk itu, perkara paling sukar dalam mencapai kejayaan pembelajaran di sekolah ialah untuk menggabungkan keempat-empat kriteria tersebut. Salah satu cara yang dapat dan biasa dilakukan adalah melalui ‘paksaan’. Proses paksaan ini ada baik dan buruknya. Paksaan berterusan sesuai dengan teknik dan gayanya menghasilkan keputusan luarbiasa. Sedang paksaan yang dipaksakan bakal mengundang kebahayaan mental dan fizikal seseorang. Maka pilihlah paksaan yang bersifat sederhana, berdikit-dikit tetapi berterusan. Insya-Allah membuahkan keupayaan yang diperlukan.

Berbicara tentang beban adalah mengenai tanggungjawab. Pemilik sijil (yang diiktiraf persekolahannya) sebenarnya, aset masyarakat. Mereka ini dilabur dalam institusi persekolahan oleh kedua ibu bapa (Aset Ibu Bapa). Jika dibantu kerajaan melalui biasiswa (Aset kerajaan). Jika oleh individu terbabit (Aset Persendirian). Walau apapun, mereka tetap kepunyaan masyarakat lalu menjadi aset masyarakat. Persoalan di sini ialah sebagai aset masyarakat apakah keuntungan yang diberikan sebagai pulangan kepada pelaburan-pelaburan tersebut? Itu yang dikatakan sebagai beban yang berat.

Lantaran itu, isu pengangguran dan masalah sosial dalam kalangan remaja begitu diperhatikan oleh kerajaan dan masyarakat. Tindakan kerajaan dan masyarakat tidak dapat dipertikaikan mereka mempunyai hak untuk membicarakan hal ini. Beban kerajaan dan masyarakat adalah untuk memajukan negara. Sedang beban para pelajar ialah menjadi generasi yang mengekalkan kemajuan tersebut. Sebagai generasi penerus kemajuan adalah tidak adil sekiranya kita wewenang mengendalakan proses kemajuan sedia ada. Ia umpama meracuni diri sendiri. Sekali lagi beban untuk para pelajar ialah mengenai konsepsi dan persepsi kehendak diri sendiri. Naluri kita tabiinya menyukai yang bagus dan terbaik. Justeru, jika kita menginginkan kebaikan dan kebagusan, kita hendaklah menjadi peneraju ke arah kebaikan dan kebagusan itu. Bagaimana?


Perhatikan situasi ini:

Kisah Benar 1:
Suatu hari, cikgu saya menyuruh saya mencari tukang kebun sekolah kerana tujuan tertentu. Maka saya bergegas ke stor tempat biasa tukang kebun beristirehat. Saya masuk ke dalam stor dengan yakin lalu berteriak “Pak cik, cikgu panggil!” Hati saya bangga kerana saya telah berjaya menyampaikan amanah cikgu saya dan menghormati tukang kebun itu dengan memanggilnya pak cik. Tukang kebun itu memandang saya. Wajahnya mencuka, mungkin marah kerana teriakan saya. Dia berkata “Anak ini agama apa?” Dengan wajah hairan saya menjawab, “Islam pak cik!”. Dia berkata lagi, “Lain kali berilah salam dahulu. Kita orang Islam. Hormatilah pak cik yang lebih tua, jangan berteriak melulu pak cik akan mendengar”. Saya tergamam di sana.


Kisah Benar 2:
Saya menuju ke surau untuk solat berjemaah. Selepas habis solat maghrib berjemaah kami berbual. Kami bertiga. Saya masih belajar di tingkatan 4 ketika itu (tahun 1996), seorang pak cik yang bekerja sebagai tukang kebun (Pak U) dan seorang lagi pak cik bekerja di perpustakaan (Pak K). Sudah dua minggu saya berdamping dengan mereka. Belajar-belajar solat berjemaah. Sambil-sambil berbual kami masuk ke topik bahasa Inggeris. Kata Pak K, “susah mau belajar eh!”. Saya yang mendengar ucapan itu terkejut. Hati saya berkata, “Belajar, sudah tua pun mau belajar?”. Lantas saya bertanya, “Pak K mau belajar apa?”. Pak K senyum, “Pak cik mau ambil peperiksaan SPM!”. Saya terkejut. “Hmm, betul, pak cik pun akan ambil SPM tahun depan!” sahut Pak U pula. Mereka itu sudah agak berumur. Pak K lingkungan 36 tahun, Pak U dalam lingkungan 39 tahun.

“Saya ambil SPM tahun depan juga.” Kata saya.

“Bagus, bagus kita sama-sama belajar!” Wow, betapa terbukanya hati mereka! Saya tidak terkata apa-apa ketika itu. Hanya dapat saya lakukan ialah mendengar perbicaraan mereka.

“BI ini susah. Keras lidahku!” kata Pak K.

“Tiada masalah, yang penting BI ini mau speaking everyday.” Kata Pak U. Sekali lagi saya tersentak. Pak U tukang kebun itu kata BI itu senang. Sedangkan saya sendiri pun langsung tidak faham BI. Keterkejutan saya menjojot apabila langsung Pak U berbicara BI semacam orang yang pernah belajar BI. Walau pun tidak selancar air, tetapi dia berbicara seumpama tiada masalah baginya. Saya menarik nafas dalam-dalam. Takjub. Selang dua tahun kemudian, Pak K dan Pak U lulus dalam SPM mereka. Saya yang sama-sama belajar dengan mereka begitu bertuah memperolehi keputusan agak memberangsangkan.


Kisah Benar 3:
Saya berjaya menjejakkan kaki ke UMS. Meskipun begitu, sebenarnya bukan suatu yang menyenangkan memasuki IPT ini. Masalah kewangan keluarga dan kehidupan menyebabkan fikiran menjalar ke sana ke mari. Syukurlah, kerajaan membantu melalui PTPTN. Semasa mendaftar dan memasuki bilik penginapan saya bertemu dengan tiga rakan dari Sandakan. Seorang Cina (Chia), seorang keturunan Arab (Azman) dan seorang Melayu (Awang). Kami menjadi rakan akrab serta-merta. Jadi, semasa minggu suai mesra kami sentiasa duduk bersama.

Semasa mendaftar untuk aktiviti, kami bertembung dengan seorang pelajar dari Kelantan. Pelajar tersebut asyik mengkritik kelemahan-kelemahan yang wujud ketika itu. Saya akui memang kelemahan itu terlalu ketara. Dan memang saya tidak berasa senang. Cumanya, pada pendapat saya pelajar Kelantan ini terlalu ekstrim, cubalah beradat sedikit, awak tu orang baru. Kata saya dalam hati. Tidak perlulah terlalu banyak komen. Masuk pun pakai PTPTN. Semasa balik ke penginapan, kami berempat berbincang mengenai pelajar Kelantan tersebut. Dalam hati, saya meyakini mereka bertiga pun tidak akan senang dengan perlakuan pelajar Kelantan itu.

“Apa pendapat kau tentang budak itu?” tanya Azman. Mendengar soalan itu, hati saya bersiap sedia dengan jawapan mana tahu saya pula ditanya. Jawapan saya, tidak patutlah budak itu. Tidak beradat. Orang baru jadilah orang baru. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Itu jawapan saya. Saya memang yakin mereka pun tidak senang dengan pelajar itu.

“Bagi akulah kan... susah mau cari orang macam itu. Dia berani dan tegas bah dalam mempertahankan haknya.” Jawap Awang.

“Iya tu! Kalau kita di Sandakan dulu, tup meletup bah diorang. Terang-terang bah masalah. Kalau dia tidak cakap siapa lagi. Kelemahan terusss...” sahut Chia pula.

“Hui, bagus, aku pun sependapat. Itulah dikatakan pemimpin. Beraninya itu. Kau, Min macam mana?” kata Azman.

Saya terkesima mendengarnya. Rupanya banyak lagi yang saya perlu pelajari dari orang lain. Saya perlu keluar dari kepompong halaman sendiri. Kita bukan katak di bawa tempurung. Ini ‘U’. Saya hanya mengangguk-angguk pura-pura bersetuju.


(Tulisan ini ditulis pada Mei 2000, Kota Kinabalu)

Ringkasan Dapatan: Punca Kurang Pelajar Cemerlang Luar Bandar


Para pelajar, zaman sekarang adalah zaman kecemerlangan. Kerajaan menumpukan kependidikan cemerlang terutama dalam bidang pendidikan kerana melalui pendidikan kemajuan negara terjamin. Walau bagaimanapun, isu kecemerlangan ini begitu kecil penguasaannya di kalangan pelajar luar bandar berbanding pelajar bandar. Kenapa keadaan ini berlaku?

Beberapa pembacaan, temubual dan pemerhatian yang sempat kita lakukan mendapati kelemahan ini antara lain berpunca daripada diri pelajar itu sendiri. Satu analisis soalan untuk mencari kelemahan pelajar luar bandar mendapati punca utama kurangnya pelajar cemerlang luar bandar adalah akibat ‘KURANG PENDEDAHAN MENGENAI KECEMERLANGAN ITU SENDIRI’.

Berikut adalah analisis-analasis soalan “Kenapa Saya Tidak Cemerlang?” di kalangan pelajar luar bandar:


Soalan: KENAPA SAYA TIDAK CEMERLANG?



Jawapan:

1. Soalan ini tidak pernah wujud dalam pemikiran kami sebagai pelajar.

2. Soalan ini tidak pernah ditanya atau dijawab sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dalam diri kami sebagai pelajar.

3. Soalan ini bukan soalan penting bagi kami pelajar luar bandar.


Analisis:

1. Pelajar tidak faham makna ‘cemerlang’. Apa itu cemerlang? Untuk apa cemerlang? Untuk apa saya cemerlang? Kepada siapa mahu cemerlang? Bagaimana mahu cemerlang?

2. Pelajar tidak ada matlamat untuk ke sekolah atau tidak ada hala tuju dalam pembelajaran. Mengapa mahu ke sekolah? Untuk apa ke sekolah? Mengapa mahu belajar? Untuk apa saya belajar? Apa itu belajar? Bagaimana mahu belajar? Apa kepentingan belajar?

3. KRISIS IDENTITI atau kekeliruan tentang diri sendiri (personaliti). Tidak mampu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Tidak sedar potensi dan bakat semulajadi diri. Apa matlamat diri? Kenapa saya dilahirkan? Kenapa latar belakang saya begini?

4. KRISIS KEHIDUPAN atau kekeliruan tentang masa. Antara persoalan yang tidak dapat dikenalpasti oleh pelajar ialah Mengapa saya dilahirkan? Untuk apa saya hidup? Bagaimana mahu hidup? Siapa patut saya contohi? Hidup ini tidak bernoktah! Persekitaran adalah realiti kehidupan berpanjangan! Apa yang saya lihat adalah suatu realiti masyarakat patut diwarisi!

5. KRISIS PENGALAMAN atau kekeliruan tentang kehidupan. Bagaimana hidup ini mesti diteruskan? Bagaimana saya harus menghadapi peristiwa atau masalah hidup? Kelompok hidup adalah bersama rakan sebaya? Hidup adalah apa yang saya hadapi sehari-hari? Bagaimana mahu berinteraksi dengan orang lebih berpengalaman?



Justifikasi:

Mewujudkan Simpton/Gejala Sisihan Kecemerlangan Bawah Sedar.

1. Sisihan Kecemerlangan Diri: sikap malas, sambil lewa, berfikiran negatif, pasif, rendah diri, leka, malas berfikir dll.

2. Sisihan Kecemerlangan Kehidupan: pengaruh pemikiran negatif, pemikiran positif diletakkan pada bukan tempatnya, penggunaan masa yang tidak tepat, kesukaran menghadapi masalah kehidupan dll.

3. Sisihan Kecemerlangan Pengalaman: kurang berfikir, malu bertanya, triego, minat positif vs minat negatif, dunia realiti vs dunia imiginasi, ilmu vs amal dll.


(Dapatan ini dicatat pada tahun 2005 di tempat fokus kajian penulis iaitu salah sebuah kampung di Beaufort. Dapatan ini tidak semestinya menunjukkan kesahan yang tinggi di tempat lain. Dapatan ini membawa kepada penghasilan "Manual 3 Kuasa Kecemerlangan" yang juga telah dikembangkan dalam Kem Motivasi Seminar Perkongsian Kejayaan di kampung tersebut).

*Gambar-gambar adalah hiasan diperolehi dari:
1. skbgemuruh.blogspot.com
2. sktetabuan.blogspot.com

Kejayaan?


Masyarakat kini sangat suka berkata tentang kejayaan. Terdapat dua jenis kejayaan iaitu di dunia dan di akhirat.

Kejayaan yang kita kecapi sekarang tidak kira pendidikan, pekerjaan dan kesukanan adalah kejayaan dunia. Tetapi kejayaan tersebut tidak akan menjadi apa-apa untuk akhirat. Kenapa? berjaya ialah seseorang yang mampu mengimbangi kemampuan dan kebolehan yang diperolehinya dengan nikmat yang tuhan berikan. Contoh, si anu berjaya kerana di dalam pelajaran memperolehi 10A dalam SPM atau 5P dalam STPM.

Benarkah contoh tersebut. Tidak. Kenapa? Kerana apabila si anu itu berjaya memperolehi 5P atau 10A tidak pasti kejayaan itu berkekalan. Siapa boleh mengatakan bahawa dia boleh mengekalkan perolehan seperti itu? jawapannya ada dan tiada. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah, cuba kita buat perbandingan si anu yang mendapat 5P tersebut dengan si fulan yang mendapat hanya 1P. Si fulan ini, contohlah orang miskin, si anu pula orang kaya. Tetapi selang 10 tahun mendatang si fulan telah memiliki sebuah syarikat perniagaan sementara si anu hanya kerja makan gaji.

Daripada contoh, itu bukan berat sebelah kerana kebiasaan kejadian si miskin jadi kaya si kaya jadi apa, tetapi hendak ditunjukkan dan ditanyakan kejayaan itu sebenarnya di mana? Cuba kita renungkan. Sekarang ini, ramai remaja kita begitu berjaya dalam pelbagai bidang. Tidak kurang dalam memberikan imej positif dalam masyarakat. Tidak tertinggal pula mereka yang masih ingin dikhayal, dijajah dan ditipu oleh pengaruh alam sekitar. Jadi di mana kejayaan? Itu dari sudut remaja.

Dari sudut masyarakat umum, adakah kita telah berjaya? Saya tidak ingin melihat masyarakat dari segi majmuknya tetapi melihat masyarakat dari segi amalannya. Sungguh sekarang amalan masyaarakat kita diketahui dunia antara yang terbaik. Tetapi adakah itu sudah berjaya? Adakah dengan amalan ziarah-menziarahi antara pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan kita telah berjaya mencapai matlamat bersatu padu.Sebenarnya tidak. Kenapa? kerana kejayaan itu bukan kejayaan sebenar.

Ziarah-menziarahi itu tidak akan kekal. Jikapun kita mengharapkan amalan demikian akan terus kekal tapi siapa dapat menjamin ia akan kekal. Para pemimpin kita boleh katakan kita akan terus bersatu padu tetapi mereka tidak dapat menjamin selama mana. Kalaupun kita berjaya berpadu ketika ini, tidak mustahil perpaduan itu diancam oleh ancaman luar lain seperti peperangan dan sebagainya.

Kita lihat ya, semua contoh-contoh kejayaan (hanya sedikit dibincangkan) tadi sifat asasnya sementara. Kejayaan jika kita teliti, kita lihat sebagai contoh. si fulan mendapat 5P dalam STPM. Beliau telah melepasi garis sempadan yang dikatakan berjaya dalam sistem pendidikan dengan memperolehi 5P. Jika beliau meneruskan pengajian ke IPT dan mengakhiri pengajian dengan mendapat ijazah kelas pertama. Sekali lagi beliau dikatakan berjaya kerana melepasi piawai sebagai orang yang berjaya. Katalah, selepas itu beliau pun bekerja dan menjadi seorang eksekutif dalam sebuah syarikat. Beliau juga melepasi piawai seorang yang mempunyai ijazah mampu menduduki kerusi eksekutif bagi sesebuah syarikat dalam bidang pekerjaan.

Kemudian kita lihat si fulan, beliau mendapat 1P dalam STPM. Beliau dikatakan tidak berjaya atau belum berjaya kerana tidak melepasi syarat melepasi sekurang-kurangnya 2P dalam STPM. Beliau tidak meneruskan pengajian dengan label tidak berjaya. Baiklah, seterusnya kita lihat bahawa beliau bekerja sambilan di sebuah kedai sebagai pemandu misalnya. Setelah 5 tahun bekerja, beliau diajak oleh seorang kawan untuk menubuhkan perniagaan kecila-kecilan. Lima tahun kemudian (tempoh dipercepatkan hanya sebagai contoh) beliau telah berjaya di dalam bidang perniagaan tersebut. Kawannya, berpindah berniaga di tempat lain dan beliau menjadi pemilik kepada perniagaan yang sedang berkembang baik tersebut.

Setakat ini kita berhenti dan merenung, kejayaan si anu yang berterusan dengan kejayaan si fulan yang datang dari ketidakberjayaannya. Siapa sebenarnya berjaya?

Membandingkan dari segi pekerjaan, si fulan lebih berjaya berbanding si anu pasal, pengalamannya. Dibandingkan dari segi pendidikan si fulan juga lebih berjaya, pasal pengalaman itu menerbitkan pendidikan. Bukankah 'ilmu itu datang dari kesilapan manusia, kalau manusia tidak tahu mengenal erti silap maknanya semua manusia pandai tidak perlu belajar kerana semuanya pandai menghadapi atau menyelesaikan masalah.'

Tidak akan ada ilmu sains itu jika tidak ada kelemahan ilmu sosial. tidak ada ilmu sosial itu jika tidak ada keperluan mentadbir bagi orang dahulu kala. Tidak ada keperluan mentadbir itu jika tidak bermula penduduk zaman neolitik dulu tinggal di satu kawasan. Tidak ada penduduk zaman neolitik tinggal satu kawasan dahulu jika tidak ada gangguan keselamatan oleh binatang buas dan bencanan alam. Itu jelas.

Kita tidak merujuk perbincangan ini dari segi akhlak kerana untuk memudahkan renungan kita. Jadi, kita melihat si fulan juga berjaya. Si anu juga berjaya. Namun, benarkah itu berjaya. Tidak. Elemen kejayaan ialah ia mesti kekal. Kenapalah sukar saya mengatakan kebenaran kejayaan kerana sifat sementaranya. Kita lihat, nilai 5P 1980 tidak sama dengan nilai 5P atau 4P 2000, atau CGPA pula sekarang. Selalu sangat berubah. Ringkasnya, siapa yang berjaya?

Kita balik semula kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Kita berdoa selepas setiap lepas sembahyang doa 'robbana atina... sampai habis. Dunia dan akhirat tidak pernah berpisah. Dunia itu seperti jasad manusia. Akhirat itu seperti roh kita. Kenapa, dunia itu dapat kita nampak, pegang dan boleh pula hancur. Itu sifat jasad manusia. Akhirat itu kita tidak tahu, tidak nampak dan tak boleh disentuh. Itu sifat roh. Kalau ambil dunia tinggal akhirat, macam ambil jasad tinggal roh, hidup kita? Kalau kita ambil akhirat tinggal dunia, macam kita ambil roh tinggal jasad, kita masih hidup. Kenapa? kerana roh itu tidak akan pandai mati. Akhirat itu tidak akan kita tahu bila hancurnya kecuali kehendak Allah. Dunia/jasad, kita pun telah tahu ia tetap akan mati, akan hancur juga. Maka siapa yang berjaya?

Kejayaan itu adalah apabila kita berjaya menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Memenuhi keperluan dan kehendak jasad untuk hidup di dunia dengan perjanjian roh dengan Allah sebelum ke dunia 'alastu birobbikum' (kata Allah 'Aku ini tuhanmu') Qola bala (kata mereka 'malah'). Diakui perjanjian itu. Maka, kejayaan itu saya ingin kita renungi bersama ialah apabila segala amal perbuatan tutur kata (inna sholati,wanusuki, wa mahyaya, wamamati), hidup mati kerana kerana Allah.

Sebab itu, meneliti sejarah, al-quran dan hadis mengandungi kaedah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang. Itulah rahsia yang mungkin kita lupa. Jadi, hendak berjaya perlu baca buku, perlu hafal nota, formula diasak di dalam kepala sampai nak pecah susahnya. Belajar itu sebenarnya mudah. Konsep belajar ialah 24 jam. Orang ketawa jika 24jam itu disebut, atau kita hairan. Tidak, contohlah, kita ke bilik mandi terpijak sabun jatuh kita. Esok kita ke bilik mandi sebelum masuk ditengok dulu adakah sabun letak bersepah. Itu ilmu. Maka lahirlah ilmu pencegahan.

Kesimpulannya, janganlah kita membanggakan dan berasa bahawa kita telah berjaya. Tidak. Sesiapa yang mengaku dia telah berjaya, renunglah dia belum berjaya dia hanya telah, perkataan 'telah' melepasi dugaan. Melepasi dugaan pertama maksudnya mempunyai dugaan kedua, ketiga dan seterusnya. Apabila kita telah mati, roh sudah tidak ada di jasad maka barulah keputusan berjaya itu diperolehi. Bila jasad mati, maka dugaan bagi jasad sudah tidak ada, tinggal menerima hukuman selepas mati. Hukuman bukan dugaan. Hukuman adalah selepas keputusan. Yang berjalan di dunia, yang hidup di dunia seperti pengembara. Yang tinggal di permakaman seperti banduan menanti hukuman. Sebab banduan, kita lihat di penjara semua banduan makan free. Dilayan baik-baik (kalau adapun dilayan sebaliknya maknanya petugas tidak menjalankan amanahnya kerana petugas diamanahkan menjaga banduan supaya jangan lari, yang menyebat itu lainlah kerana penyebat menyebat orang yang dihukum). Marilah sama-sama kita merenungkan. Saya sendiri tidak pasti, berjaya atau tidak. Tawakallah.


(Tulisan ini dihasilkan pada tahun 2000)

*Gambar-gambar adalah sekadar hiasan diperolehi dari:
1. skkualanerang.wordpress.com
2. iskandarianparit.blogspot.com
3. sinclairshotels.com

Thursday, April 28, 2011

Laporan Pemerhatian: Realiti Pembelajaran Murid Pemulihan Khas

Oleh: Yuliamin Sahirursah Yusop

Sebagai guru pemulihan khas (gpk), dalam rpt dan skt kita siap merencanakan matlamat & hasrat tahunan. Ini tentulah lebih fokus kepada kehendak kita terhadap pemulihan murid. Ringkasnya, sebelum hujung tahun 2011 murid pemulihan khas tahun 3 mesti 0% @ pemulihan khas sifar.

Dalam mencapai kejayaan, maka akan timbul pelbagai perkara yang sedia kita maklum & tidak maklum. Apapun, usaha gpk ke arah pencapaian tersebut, paduan visi & misi hendaklah realistik. Semua usaha yang kita lakukan hendaklah berpijak di bumi yang nyata berdasarkan keperluan murid & kepekaan kita terhadap psiko-fizik murid itu sendiri.

Saban tahun pasti kita akan bertemu dengan murid yang lembam @ lembab. Dalam pada itu, pasti kita akan menghadapi 1 sindrom @ virus yang saya namakan ‘status dampak pedalaman’ @ SDP. Virus SDP ini menjelaskan kepada kita bahawa secara persekitaran murid dipengaruhi oleh suasana keluarga (K), tempat tinggal (T) dan pendedahan sedia ada (P)-(selepas ini diringkaskan KTP) menyebabkan wujud peringkat istimewa ‘status pemulihan khas’ bagi segelintir murid.

Murid ini, dalam hati gpk meletakkan murid-murid ini secara pemerhatian kasar & ujian ringkas pengenalpastian masalah melalui ujian diagnostik sebagai murid berkeperluan khas, kadang kala sebagai murid tidak berharapan. Bagi sesetengah pihak, kesukaran mengajar murid ini menyebabkan mereka diklasifikasi bermasalah genetik. Bahkan, ciri-ciri murid ini menimbulkan keraguan munasabah pendidikan khas @ sblknya.

Memahami isu ini, perlu diperjelas mengenai tugas gpk adalah sebagai pemulih murid untuk 3M (menulis, membaca, mengira). Bukan hasrat yang jitu untuk memandaikan murid sebagaimana kelas perdana. Terkecuali jika gpk melakukan susulan. Sudah pasti peringkat memandaikan itu mula (“mula”;) diwujudkan.

Berbalik kepada virus SDP, hujahannya mudah iaitu kenapa murid lain boleh 3m, murid yang 1 ini tidak? Berbekalkan hujah ini saya wujudkan konsep virus SDP untuk difahami:

1. Semua murid adalah sama. Bagaimanapun, murid yang 1 ini dipengaruhi oleh KTP bagi dirinya. Bukan beliau tidak boleh, tetapi faktor positif KTP mungkin terganggu dalam proses pembesaran beliau. ‘Malas’ merupakan salah 1 kesan yang terlahir. Kenapa mesti malas? Kerana itulah hasil virus SDP yang dicernanya.

2. KTP adalah sekolah pertama manusiawi. Bukan sekolah yang dinamakan SK/SJK/PRASEKOLAH itu sebagai sekolah pertama. Nilai sekolah sebagai sekolah yang memberi pelajaran kerana ia adalah formaliti, ada bangunan, sistem dan pengiktirafan. Sebaliknya, asas pelajaran itu bermula dari keluarganya. Maka, murid pemulihan bukan bermasalah apa-apa, masalahnya bagaimana mereka dibentuk @ dilentur oleh sekolah pertama mereka asalnya. Oleh itu, membentuk usaha positif dalam KTP banyak membantu 3m murid.

3. Kemiskinan, kepayahan, kesusahan & kehidupan KTP, adalah info negatif yang selalu dikhabarkan kepada kita. Gpk harus memahami & mengakui perkara tersebut. Terima sebagai fakta yang benar. Bagaimanapun,kejayaan merawat virus SDP bergantung kepada perbandingan. Gpk perlu membuat perbandingan sejarah silam sendiri (lebih signifikan kerana gpk yang mengajar & menjadi idola) dengan fakta tersebut.

Contoh sejarah silam saya: (dalam dialek kampungan)

Keluarga saya, tak tau miskin ka apa. Boleh layari cerita ni laa.. Bapa saya petani & buruh kasar. Ibu suri rumah. Kami hidup pindah randah (takda tanah tempat membuat rumah). Sehingga ari ni & terbaru nak pindah rumah yg ke-16 (31 tahun, 16 rumah)..

Kami ke sekolah dengan harapan. Di sekolah pada zaman 1986-1992, kami takda RMT, takda KWAPM, takda zakat. Ada juga bantuan Yayasan Sabah susu peket & pakaian seragam, kasut sekolah (sekadar ada, kalau tak muat sudah). Ada juga belanja 20sen (yang selalu dikumpul buat beli buku). Kalau guru minta bayar itu ini, berfikir 2,3 X.

Selalu juga kami minum air tangki besi yang di dalamnya dulu kami tak tau ada karat @ cicak, lipas mati. Kalau ada bata air, selamat la.

Kami juga ke kebun, tanam padi, tanam sayur, potong getah, pancing ikan, rambat ikan, tahan bubu (lukah) di paya (boleh ambil sayur silad yang pahit), jual sayur, jual kayu api hoohohhoohoo..

Ada 1 zaman yang saya tak lupa hingga akhir hayat & muasal saya, 1 zaman yang moden kami 1 keluarga makan ubi kayu saja. Gula garam pun takda. Kesian bapa, walaupun rezki kurang beliau tak putus asa. Cuma rezki belum ada..

Berpelita juga malam hari. Adajuga tv kami, ehm, guna bateri kereta (1x cas $2, dulu bukan RM, kalau ada $nya)..

Ke sekolah berjalan kaki, hujan basah, panas berpeluh. Selalu juga kasut gigi buaya, pernah juga seluar berbicara (tak perasan orang ketawa), seluar baju lama, beg kain yang koyak tampal pakai 3 tahun..

Takda juga kami tadika. Paling penting, saya murid pemulihan (dulu-dulu kena separate itu, tak betul bacaan kena tarik telinga). Maklumlah takda tadika. Untung tak lama. Darjah 2 pandailah, lancar lagi daripada yang tahun 1 pandai tu (temberang sikit).

Jam 7.00 pagi masuk sekolah, 12.30 balik laa..Oppss, jam 2.00 petang sekolah agama, balik jam 4.30 petang (tapi sekolah agama tak lama, sampai darjah 2 suku. Nak kena bayar kalau mo sambung). Ada lagi, malam jam 6.00 @ lepas maghrib mengaji pula.

Di mana pula pi kebun kununnya? lepas sekolah agama (berenti sekolah agama, pi kebun la ari-ari). Cukup di situ, akhirnya UPSR 1A,1B,1C,1D.


Kenapa penting perbandingan? Tidak ada yang lebih mustajab selain daripada pengalaman sendiri. Oleh itu, tidak boleh lupa diri. Yang sebelum ini sejarah hidupnya, batang padi pun tak kenal (kisah benar dulu-dulu batch IPT, ada ka dia pi cerita pokok padi besar pokok getah hohohohoho, gelak-gelak), cubalah lengkapi diri dengan menjadi sebahagian kisah orang kampung tempat mengajar (terkahwin itu lain hal)..

4. Virus SDP adalah berkenaan perbandingan positif & negatif. Kekurangan yang menyebabkan kerencatan perjalanan ilmu, kelebihan yang menyebarkan potensi murid. KTP mana yang lebih meruncing & menular? Apabila kita membandingkan laluan sejarah hidup kita, yang sebenarnya sama dengan murid-murid kita, ia sebenarnya adalah punca kekuatan. Bagaimana empati secara berkadar dan berhad melingkungi darjah usaha kita terhadap murid-murid. Yakni, menyelami keadaan murid secara telus tetapi tidak membuta tuli.

5. Kesilapan empati yang tidak realistik menegaskan bahawa kita mengasihani murid kita sedangkan sejarah silam kita dalam pencapaian kini adalah penuh dengan ranjau dan duri. Membenarkan murid-murid dalam empati kita dengan kepercayaan ‘jangan mereka sama seperti saya dahulu’ sebenarnya menjadikan gpk bukan tonggak idola yang boleh dipercayai. Bahkan, ia adalah salah satu nadir yang menjadi asas kepada kemusnahan kepercayaan dan keyakinan ‘usaha tangga kejayaan’.

6. Perawatan: Adalah menjadi tanggungjawab gpk menelusuri murid dan memulih mereka dalam pembaikan KTP. Tunjang pembaikan KTP adalah minda (M) dan persediaan (S) murid. Kejayaan gpk menggarap pembaikan MS ini dapat membantu potensi murid berkembang. Memanglah diakui proses perubahan kesan pembaikan MS sangat mengambil masa. Ada yang mampu memulih dalam tempoh tertentu. 3 bulan, 7 bulan, 11 bulan, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun.(seperti saya, MS saya barulah dapat dicapai semasa tingkatan 4). Sekurang-kurang murid mempunyai kemahuan untuk memulih MS mereka.

Kenapa mesti MS dahulu pulih barulah kemahiran 3m? (A) Memaksa murid belajar adalah satu kesalahan pembelajaran! Namun, (B) memaksa murid belajar adalah satu keperluan yang mustahak kerana satu kesalahan pembelajaran murid tidak pandai-pandai! Penyata A berkaitan persediaan belajar. Penyata B berkaitan minda.

Sangatlah sukar mengajar murid yang tidak bersedia ingin belajar. Namun, menanti murid bersedia belajar tidaklah dapat ditentukan waktunya sedangkan, menentukan matlamat p&p adalah 1 tahun sahaja. Maka, murid perlu dipaksa mindanya untuk menerima pelajaran. Kerana mereka memang perlu belajar. Memang itulah kerjaya murid.

7. Untuk itu, pulihkan minda murid dengan intuitif keseronokan belajar, percepatkan persediaan belajar murid dengan daya tarikan keilmuan. Sehubungan itu, tidak ada yang dapat menetapkan kaedah atau strategi p&p mana lebih unggul. Teori mana yang lebih berkesan untuk diguna pakai. Ingat, gpk harus bersikap realistik. Jika makan nasi itu dapat memulihkan MS murid, ia tidak terlarang. Jika komik Doraemon atau Mutiara Naga itu berkesan apa salahnya. Menetapkan sesuatu kaedah sebagai berkesan adalah tidak tepat. Bahkan, berbahaya. Jangan membunuh MS. Pembunuh MS adalah kebosanan. Jika marah itu adalah kaedah disepakati berfungsi dengan jaya, lakukan sahaja. Permainan dan lagu membuka selera, santapilah.

Percayalah, MS murid yang menjernih dalam rawatan pembaikan KTP pasti mudah menerima 3m. Tanpa dipinta, di mana saja, pasti ‘Sigu,Sigu ajar saya!’. Apa yang dapat kita rasakan sekiranya itu yang keluar daripada mulut seorang murid pemulihan yang tegar? Kenikmatan berganda.

(sumber; http://sknampasan.webs.com)