Wednesday, April 27, 2011

Saya Ke Talian Semula


Salam..

Saya ingat sudah berkalang tanah dengan blog Minda Ajaib. Itu hari saya matikan blog ini atas dasar 'ketidakmasaan'. Tapi hari ini saya teruja untuk menyambung semula hos-hos talian hayat akibat 'keminatan' sahabat saya Tuan George W.S.

"Mari kita buat blog!" Ujar Tuan George.

Apapun, 'kehadhiran' semula blog Minda Ajaib ini sudah tentu ada 'ketaubatan'. Saya tidak ingin memencilkan legar pemikiran dan diksi isu-isu. Saya ingat 'kekerdilan' jalan Minda Ajaib dahulu adalah kerana terlalu taksub kepada novelisme (kononnya). Jadi, kemarau idea bermaksud kontanglah perigi 'penaipan'.

Kali ini, selepas keluar dari 'pendukunan' atau lebih tepat setelah 'sihat' (serba sedikit) dengan otak huyung-hayang, dapat membina tangki isu, tong dram pemikiran. Apa saja yang tampil ke otak, lantas terampil di Minda Ajaib (harapanlah kalau tidak malas. Yang betul sikap malas ni memang penyakit manusia yang betul-betul tiada ubat daripada manusia atau makhluk lain. Memang diri sendiri juga bomohnya).

Ya, saya ke talian semula! Harapannnnn..

1 comment:

  1. alahai...dah banyak pulak MELIABER tulis ni! Amat berkualiti dan berguna untuk tatapan umum sebagai kudapan penjana minda.
    Telur tiruan tu dah ada dalam pasaran di Bayag ka? Nak tengok test try nak kaji dgn lebih mendalam sblm terkena family ni!

    ReplyDelete