Wednesday, May 4, 2011

Ringkasan Dapatan: Punca Kurang Pelajar Cemerlang Luar Bandar


Para pelajar, zaman sekarang adalah zaman kecemerlangan. Kerajaan menumpukan kependidikan cemerlang terutama dalam bidang pendidikan kerana melalui pendidikan kemajuan negara terjamin. Walau bagaimanapun, isu kecemerlangan ini begitu kecil penguasaannya di kalangan pelajar luar bandar berbanding pelajar bandar. Kenapa keadaan ini berlaku?

Beberapa pembacaan, temubual dan pemerhatian yang sempat kita lakukan mendapati kelemahan ini antara lain berpunca daripada diri pelajar itu sendiri. Satu analisis soalan untuk mencari kelemahan pelajar luar bandar mendapati punca utama kurangnya pelajar cemerlang luar bandar adalah akibat ‘KURANG PENDEDAHAN MENGENAI KECEMERLANGAN ITU SENDIRI’.

Berikut adalah analisis-analasis soalan “Kenapa Saya Tidak Cemerlang?” di kalangan pelajar luar bandar:


Soalan: KENAPA SAYA TIDAK CEMERLANG?



Jawapan:

1. Soalan ini tidak pernah wujud dalam pemikiran kami sebagai pelajar.

2. Soalan ini tidak pernah ditanya atau dijawab sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dalam diri kami sebagai pelajar.

3. Soalan ini bukan soalan penting bagi kami pelajar luar bandar.


Analisis:

1. Pelajar tidak faham makna ‘cemerlang’. Apa itu cemerlang? Untuk apa cemerlang? Untuk apa saya cemerlang? Kepada siapa mahu cemerlang? Bagaimana mahu cemerlang?

2. Pelajar tidak ada matlamat untuk ke sekolah atau tidak ada hala tuju dalam pembelajaran. Mengapa mahu ke sekolah? Untuk apa ke sekolah? Mengapa mahu belajar? Untuk apa saya belajar? Apa itu belajar? Bagaimana mahu belajar? Apa kepentingan belajar?

3. KRISIS IDENTITI atau kekeliruan tentang diri sendiri (personaliti). Tidak mampu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Tidak sedar potensi dan bakat semulajadi diri. Apa matlamat diri? Kenapa saya dilahirkan? Kenapa latar belakang saya begini?

4. KRISIS KEHIDUPAN atau kekeliruan tentang masa. Antara persoalan yang tidak dapat dikenalpasti oleh pelajar ialah Mengapa saya dilahirkan? Untuk apa saya hidup? Bagaimana mahu hidup? Siapa patut saya contohi? Hidup ini tidak bernoktah! Persekitaran adalah realiti kehidupan berpanjangan! Apa yang saya lihat adalah suatu realiti masyarakat patut diwarisi!

5. KRISIS PENGALAMAN atau kekeliruan tentang kehidupan. Bagaimana hidup ini mesti diteruskan? Bagaimana saya harus menghadapi peristiwa atau masalah hidup? Kelompok hidup adalah bersama rakan sebaya? Hidup adalah apa yang saya hadapi sehari-hari? Bagaimana mahu berinteraksi dengan orang lebih berpengalaman?



Justifikasi:

Mewujudkan Simpton/Gejala Sisihan Kecemerlangan Bawah Sedar.

1. Sisihan Kecemerlangan Diri: sikap malas, sambil lewa, berfikiran negatif, pasif, rendah diri, leka, malas berfikir dll.

2. Sisihan Kecemerlangan Kehidupan: pengaruh pemikiran negatif, pemikiran positif diletakkan pada bukan tempatnya, penggunaan masa yang tidak tepat, kesukaran menghadapi masalah kehidupan dll.

3. Sisihan Kecemerlangan Pengalaman: kurang berfikir, malu bertanya, triego, minat positif vs minat negatif, dunia realiti vs dunia imiginasi, ilmu vs amal dll.


(Dapatan ini dicatat pada tahun 2005 di tempat fokus kajian penulis iaitu salah sebuah kampung di Beaufort. Dapatan ini tidak semestinya menunjukkan kesahan yang tinggi di tempat lain. Dapatan ini membawa kepada penghasilan "Manual 3 Kuasa Kecemerlangan" yang juga telah dikembangkan dalam Kem Motivasi Seminar Perkongsian Kejayaan di kampung tersebut).

*Gambar-gambar adalah hiasan diperolehi dari:
1. skbgemuruh.blogspot.com
2. sktetabuan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment