Wednesday, May 4, 2011

Kejayaan?


Masyarakat kini sangat suka berkata tentang kejayaan. Terdapat dua jenis kejayaan iaitu di dunia dan di akhirat.

Kejayaan yang kita kecapi sekarang tidak kira pendidikan, pekerjaan dan kesukanan adalah kejayaan dunia. Tetapi kejayaan tersebut tidak akan menjadi apa-apa untuk akhirat. Kenapa? berjaya ialah seseorang yang mampu mengimbangi kemampuan dan kebolehan yang diperolehinya dengan nikmat yang tuhan berikan. Contoh, si anu berjaya kerana di dalam pelajaran memperolehi 10A dalam SPM atau 5P dalam STPM.

Benarkah contoh tersebut. Tidak. Kenapa? Kerana apabila si anu itu berjaya memperolehi 5P atau 10A tidak pasti kejayaan itu berkekalan. Siapa boleh mengatakan bahawa dia boleh mengekalkan perolehan seperti itu? jawapannya ada dan tiada. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah, cuba kita buat perbandingan si anu yang mendapat 5P tersebut dengan si fulan yang mendapat hanya 1P. Si fulan ini, contohlah orang miskin, si anu pula orang kaya. Tetapi selang 10 tahun mendatang si fulan telah memiliki sebuah syarikat perniagaan sementara si anu hanya kerja makan gaji.

Daripada contoh, itu bukan berat sebelah kerana kebiasaan kejadian si miskin jadi kaya si kaya jadi apa, tetapi hendak ditunjukkan dan ditanyakan kejayaan itu sebenarnya di mana? Cuba kita renungkan. Sekarang ini, ramai remaja kita begitu berjaya dalam pelbagai bidang. Tidak kurang dalam memberikan imej positif dalam masyarakat. Tidak tertinggal pula mereka yang masih ingin dikhayal, dijajah dan ditipu oleh pengaruh alam sekitar. Jadi di mana kejayaan? Itu dari sudut remaja.

Dari sudut masyarakat umum, adakah kita telah berjaya? Saya tidak ingin melihat masyarakat dari segi majmuknya tetapi melihat masyarakat dari segi amalannya. Sungguh sekarang amalan masyaarakat kita diketahui dunia antara yang terbaik. Tetapi adakah itu sudah berjaya? Adakah dengan amalan ziarah-menziarahi antara pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan kita telah berjaya mencapai matlamat bersatu padu.Sebenarnya tidak. Kenapa? kerana kejayaan itu bukan kejayaan sebenar.

Ziarah-menziarahi itu tidak akan kekal. Jikapun kita mengharapkan amalan demikian akan terus kekal tapi siapa dapat menjamin ia akan kekal. Para pemimpin kita boleh katakan kita akan terus bersatu padu tetapi mereka tidak dapat menjamin selama mana. Kalaupun kita berjaya berpadu ketika ini, tidak mustahil perpaduan itu diancam oleh ancaman luar lain seperti peperangan dan sebagainya.

Kita lihat ya, semua contoh-contoh kejayaan (hanya sedikit dibincangkan) tadi sifat asasnya sementara. Kejayaan jika kita teliti, kita lihat sebagai contoh. si fulan mendapat 5P dalam STPM. Beliau telah melepasi garis sempadan yang dikatakan berjaya dalam sistem pendidikan dengan memperolehi 5P. Jika beliau meneruskan pengajian ke IPT dan mengakhiri pengajian dengan mendapat ijazah kelas pertama. Sekali lagi beliau dikatakan berjaya kerana melepasi piawai sebagai orang yang berjaya. Katalah, selepas itu beliau pun bekerja dan menjadi seorang eksekutif dalam sebuah syarikat. Beliau juga melepasi piawai seorang yang mempunyai ijazah mampu menduduki kerusi eksekutif bagi sesebuah syarikat dalam bidang pekerjaan.

Kemudian kita lihat si fulan, beliau mendapat 1P dalam STPM. Beliau dikatakan tidak berjaya atau belum berjaya kerana tidak melepasi syarat melepasi sekurang-kurangnya 2P dalam STPM. Beliau tidak meneruskan pengajian dengan label tidak berjaya. Baiklah, seterusnya kita lihat bahawa beliau bekerja sambilan di sebuah kedai sebagai pemandu misalnya. Setelah 5 tahun bekerja, beliau diajak oleh seorang kawan untuk menubuhkan perniagaan kecila-kecilan. Lima tahun kemudian (tempoh dipercepatkan hanya sebagai contoh) beliau telah berjaya di dalam bidang perniagaan tersebut. Kawannya, berpindah berniaga di tempat lain dan beliau menjadi pemilik kepada perniagaan yang sedang berkembang baik tersebut.

Setakat ini kita berhenti dan merenung, kejayaan si anu yang berterusan dengan kejayaan si fulan yang datang dari ketidakberjayaannya. Siapa sebenarnya berjaya?

Membandingkan dari segi pekerjaan, si fulan lebih berjaya berbanding si anu pasal, pengalamannya. Dibandingkan dari segi pendidikan si fulan juga lebih berjaya, pasal pengalaman itu menerbitkan pendidikan. Bukankah 'ilmu itu datang dari kesilapan manusia, kalau manusia tidak tahu mengenal erti silap maknanya semua manusia pandai tidak perlu belajar kerana semuanya pandai menghadapi atau menyelesaikan masalah.'

Tidak akan ada ilmu sains itu jika tidak ada kelemahan ilmu sosial. tidak ada ilmu sosial itu jika tidak ada keperluan mentadbir bagi orang dahulu kala. Tidak ada keperluan mentadbir itu jika tidak bermula penduduk zaman neolitik dulu tinggal di satu kawasan. Tidak ada penduduk zaman neolitik tinggal satu kawasan dahulu jika tidak ada gangguan keselamatan oleh binatang buas dan bencanan alam. Itu jelas.

Kita tidak merujuk perbincangan ini dari segi akhlak kerana untuk memudahkan renungan kita. Jadi, kita melihat si fulan juga berjaya. Si anu juga berjaya. Namun, benarkah itu berjaya. Tidak. Elemen kejayaan ialah ia mesti kekal. Kenapalah sukar saya mengatakan kebenaran kejayaan kerana sifat sementaranya. Kita lihat, nilai 5P 1980 tidak sama dengan nilai 5P atau 4P 2000, atau CGPA pula sekarang. Selalu sangat berubah. Ringkasnya, siapa yang berjaya?

Kita balik semula kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Kita berdoa selepas setiap lepas sembahyang doa 'robbana atina... sampai habis. Dunia dan akhirat tidak pernah berpisah. Dunia itu seperti jasad manusia. Akhirat itu seperti roh kita. Kenapa, dunia itu dapat kita nampak, pegang dan boleh pula hancur. Itu sifat jasad manusia. Akhirat itu kita tidak tahu, tidak nampak dan tak boleh disentuh. Itu sifat roh. Kalau ambil dunia tinggal akhirat, macam ambil jasad tinggal roh, hidup kita? Kalau kita ambil akhirat tinggal dunia, macam kita ambil roh tinggal jasad, kita masih hidup. Kenapa? kerana roh itu tidak akan pandai mati. Akhirat itu tidak akan kita tahu bila hancurnya kecuali kehendak Allah. Dunia/jasad, kita pun telah tahu ia tetap akan mati, akan hancur juga. Maka siapa yang berjaya?

Kejayaan itu adalah apabila kita berjaya menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Memenuhi keperluan dan kehendak jasad untuk hidup di dunia dengan perjanjian roh dengan Allah sebelum ke dunia 'alastu birobbikum' (kata Allah 'Aku ini tuhanmu') Qola bala (kata mereka 'malah'). Diakui perjanjian itu. Maka, kejayaan itu saya ingin kita renungi bersama ialah apabila segala amal perbuatan tutur kata (inna sholati,wanusuki, wa mahyaya, wamamati), hidup mati kerana kerana Allah.

Sebab itu, meneliti sejarah, al-quran dan hadis mengandungi kaedah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang. Itulah rahsia yang mungkin kita lupa. Jadi, hendak berjaya perlu baca buku, perlu hafal nota, formula diasak di dalam kepala sampai nak pecah susahnya. Belajar itu sebenarnya mudah. Konsep belajar ialah 24 jam. Orang ketawa jika 24jam itu disebut, atau kita hairan. Tidak, contohlah, kita ke bilik mandi terpijak sabun jatuh kita. Esok kita ke bilik mandi sebelum masuk ditengok dulu adakah sabun letak bersepah. Itu ilmu. Maka lahirlah ilmu pencegahan.

Kesimpulannya, janganlah kita membanggakan dan berasa bahawa kita telah berjaya. Tidak. Sesiapa yang mengaku dia telah berjaya, renunglah dia belum berjaya dia hanya telah, perkataan 'telah' melepasi dugaan. Melepasi dugaan pertama maksudnya mempunyai dugaan kedua, ketiga dan seterusnya. Apabila kita telah mati, roh sudah tidak ada di jasad maka barulah keputusan berjaya itu diperolehi. Bila jasad mati, maka dugaan bagi jasad sudah tidak ada, tinggal menerima hukuman selepas mati. Hukuman bukan dugaan. Hukuman adalah selepas keputusan. Yang berjalan di dunia, yang hidup di dunia seperti pengembara. Yang tinggal di permakaman seperti banduan menanti hukuman. Sebab banduan, kita lihat di penjara semua banduan makan free. Dilayan baik-baik (kalau adapun dilayan sebaliknya maknanya petugas tidak menjalankan amanahnya kerana petugas diamanahkan menjaga banduan supaya jangan lari, yang menyebat itu lainlah kerana penyebat menyebat orang yang dihukum). Marilah sama-sama kita merenungkan. Saya sendiri tidak pasti, berjaya atau tidak. Tawakallah.


(Tulisan ini dihasilkan pada tahun 2000)

*Gambar-gambar adalah sekadar hiasan diperolehi dari:
1. skkualanerang.wordpress.com
2. iskandarianparit.blogspot.com
3. sinclairshotels.com

No comments:

Post a Comment